Monday, March 17, 2008

Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah

Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ke Madinah

Nabi Muhammad s.a.w di lahirkan pada 12 rabiul awwal tahun gajah. Bapanya bernama Abdullah dan ibunya bernama Aminah. Semenjak kecil lagi baginda telah menjadi anak yatim, baginda di jaga oleh bapa saudaranya Abu Talib dan baginda telah di susukan oleh Halimatul Sa'diyyah. Baginda merupakan nabi akhir zaman.Baginda bersifat amanah, tabligh dan fatonah.Disebabkan sifat baginda itulah menyebabkan baginda di gelar Al-Amin. Nabi Muhammad di utuskan Allah untuk menyebarkan agama Islam yakni agama yang benar dan suci.

Jika di hayati daripada kisah-kisah Nabi Muhammad s.a.w di dapati baginda seorang yang tabah dan sabar menghadapi ancaman daripada kaum Quraish terutamanya. Sebagai mana kisah penghijrahan baginda yang kita tahu, bahawa melalui penghijrahan nabi ke madinah yakni yathrib inilah merupakan permulaan yang amat besar bagi ummat Islam.dan dari penghijrahan tersebut agama islam berkembang dengan pesat dan penyebaran nya keseluruh dunia,Hijrah boleh diberi pengertian dari sudut bahasa dan istilah,pengertian dari sudut bahasa adalah; penghijrahan orang islam ke madinah,manakala pengertian dari sudut istilah boleh membawa pengertian yang luas,antaranya hijrah akhlak yang buruk kepada akhlak yang lebih baik,yathrib pula merupakan sebuah bandar yang dibina oleh Rasulullah s.a.w bersama kaum muslimin,bandar ini menjadi sebuah bandar besar dan ditukar kepada nama MADINAH,sebab berlakunya hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke madinah adalah disebabkan penyeksaan dan ancaman daripada kaum quraishy,yang mengetahui tentang penyebaran agama baru iaitu agama islam yang diutuskan daripada ALLAH S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada ummat nya,penyebaran dan penyampaian baginda yang pada mulanya disampaikan secara sembunyi dan seterusnya secara terbuka,telah menimbulkan kemarahan kaum quraishy,bermula daripada penyebaran tersebut maka,pelbagai rancangan yang dibuat oleh kaum quraishy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w,keadaan ini menyebabkan berlakunya penyeksaan daripada kaum quraishy kepada kaum muslimin,dimana kaum quraishy tersebut diketuai oleh Abu Jahal,namun begitu bapa saudara baginda Abu Talib sentiasa menyebelahi dan melindungi baginda daripada rancangan jahat Abu Jahal,tetapi keadaan itu hanyalah sementara sahaja,apabila bapa saudara baginda sakit dan meninggal dunia sebelum sempat memeluk islam,Abu Talib meninggal kan baginda selepas baginda kehilangan isteri tercinta baginda iaitu Siti Khadijah r.a,dan keadaan itu telah menyebabkan baginda begitu berduka dan pada tahun kewafatan kedua orang tersayang baginda,baginda telah menamakan tahun itu dengan nama tahun kedukaan,maka selepas itu lah semakin banyak ancaman dan rancangan yang buruk oleh Abu Jahal dan pengikutnya untuk membunuh dan menyeksa kaum muslimin,namun begitu Nabi Muhammad menghadapi dengan tabah dan sabar dan sentiasa meminta pertolongan daripada ALLAH S.W.T,kerana baginda yakin dengan bantuan daripada ALLAH S.W.T,dan baginda tahu bahawa ALLAH S.W.T sentiasa bersama baginda,maka daripada itu ramai lah kaum muslimin berhijrah ke madinah kerana tidak tahan dengan penyeksaan kaum quraishy,tetapi baginda tidak mahu tergesa-gesa berhijrah ke yathrib,kerana baginda ingin terlebih dahulu meminta izin daripada ALLAH S.W.T,

Selepas mendapat pengizinan daripada ALLAH S.W.T,baginda berhijrah ke madinah,tetapi berita itu telah diketahui oleh kaum quraishy,dan Abu Jahal membuat rancangan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. sebelum baginda sempat untuk berhijrah ke madinah,tetapi dengan perolongan daripada ALLAH S.W.T,baginda mengetahui rancangan buruk kaum quraishy tersebut,maka pada malam nya baginda telah menyuruh Ali sepupunya tidur di tempat tidurnya,dan rasulullah meyakinkan Ali tidak akan terjadi apa-apa perkara yang buruk,sementara itu,Abu Jahal dan pengikutnya telah berada di luar rumah rasulullah s.a.w dan menunggu sehingga baginda keluar untuk berhijrah ke madinah,ALLAH S.W.T sentiasa mengetahui akan rancangan buruk kaum musyrikin,dan ALLAH S.W.T telah mendatangkan rasa mengantuk pada kaum quraishy,setelah rasulullah begitu pasti,maka keluar lah baginda dengan tenang, tidak seorang pun daripada kaum quraishy menyedari ketika rasulullah keluar daripada rumahnya itu, maka rasulullah menuju ke gua thur sebelum baginda menuju ke yathrib.

pada paginya,sedarlah kaum quraishy dan mendapati Nabi Muhammad s.a.w sudah tidak ada di dalam rumahnya itu,marahlah Abu Jahal dengan keadaan itu dan mengerahkan pengikutnya untuk segera mengejar baginda dan membunuh baginda,tetapi didapati olek kaum quraishy rasulullah tidak mengikut jalan biasa menuju ke yathrib,sementara itu Nabi Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar As-siddiq telah menginap di gua thur selama 3 hari,Abu Jahal telah mengupah daripada pengikutnya untuk mencari dan menyiasat di mana baginda,dan telah diketahui bahawa baginda telah singgah di gua thur,pengikut Abu Jahal segera menuju ke gua thur.namun ALLAH S.W.T itu maha kuasa,ALLAH S.W.T telah menkaburkan mata kaum quraishy daripada dapat mengesan baginda pernah masuk ke gua thur tersebut,maka gagal lah rancangan Abu Jahal untuk membunuh rasulullah s.a.w,maka keluarlah nabi Muhammad s.a.w dari gua thur selepas 3 hari tinggal di gua thur untuk menuju ke yathrib menemui orang-orang muslimin disana yang menunggu baginda,setibanya baginda di yathrib,baginda disambut dengan gembira oleh kaum muslimin.

selapas penghijrahan Nabi Muhammad ke yathrib,pelbagai rancangan buruk yang dirancang oleh Abu Jahal dan pengikutnya,dari selepas penghijrahan baginda itu telah banyak berlaku perang diantara kaum quraishy dan kaum muslimin,seperti perang Badar,Uhud dan sebagaimya,dan semua peperangan diantara keduanya sentiasa dimenangi oleh kaum muslimin walaupun jumlah tentera islam jauh lebih sedikit daripada junmlah tentera kaum quraishy,ini kerana ALLAH S.W.T sentiasa membantu orang-orang islam yang bersungguh-sungguh dalam menegakkan syiar islam.

daripada penghayatan daripada penghijrahan dan pengorbanan rasulullah s.a.w,kita sebagai umat islam yang dilahirkan untuk beribadat kepada ALALH S.W.T perlu menghayati dan mengambil ikhtibar daripada perjuangan Nabi Muhammad yang tidak pernah putus asa dalam menyebarkan agama islam yang suci ini,walaupun pelbagai rintangan datang kepada rasulullah secara berterusan daripada kaum quraishy dan musyrikin.